Tuesday, February 8, 2011

KaWaN

9/2/2011

ni team MCMF yg hapenning blake!!


ni gEnG2 geolOgY kAmPus


Kawan..
sila jagakan kain ku
kerana kadang koyaknya dibelakang,
aku tidak perasan,
dan terus terlena.
lalu aku mendapat keaiban...

Jagakanlah
tepi kain ku,
tolong bagi tahu aku,
agar aku tidak mendapat malu....

Jagakan
kain ku kawan,
tolong jahitkan jika kau mahu...
atau tutupkan jika ia tersingkap atau tercalit najis..
Jangan sampai terserlah hijabku..

Jagakanlah tepi kain ku kawan.
Tapi bukan untuk kau ketawakan..
atau wawarkan di khalayak kerana terburai segala
kecacatanku...

Jagalah tepi kainku kawan,
jika ia tersangkut duri...tolong leraikan,
jika tidak aku akan jatuh tersungkur,
di kawasan berduri dan berbatu
Luka dan berdarah meninggalkan parut...

Kawanku,
dihadapan..dibelakang,di kiri dan kanan,
ayuh..pandanglah kain ku....

Bersama-samalah jaga tepi kainku,
dan aku jaga tepi kainmu...
dan saling memberitahu agar kita semua tertutup malu
agar kita tidak lena
disepanjang perjalanan yang sementara ini..
untuk bersama-sama meraih bahagia
di ALAM SANA...

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara” (Al-Hujurat: 10).

“Bila salah seorang dari kamu meminta nasihat kepada saudaranya maka
hendaknya (yang diminta) memberi nasihat”. (HR Bukhari)





ni MeMbEr2 PSMZA!!





No comments:

Post a Comment